Salaam, semua.
Kenali 'Tantagas.' Bagi
yang sudah tahu, bolehlah tunjuk ajar di mana-mana yang silap (sebagai
pencerahan). Moga-moga info ini boleh dikongsi bersama.
Pakar ilmu tradisional (traditional
priestesses) atau pakar dalam upacara ritual (kerohanian), atau 'Tantagas',
adalah hampir kebanyakannya terdiri di kalangan kaum wanita, dan mahir dalam
menghafal 'rinait,' iaitu sebuah pembacaan berupa dikir panjang/doa yang
ditujukan kepada dewa-dewa di kalangan masyarakat kaum Dusun Lotud. Di kalangan
kebanyakan kaum rumpun Dusun (Dusunic group) di Sabah, rinait merupakan satu
genre yang unik umpama syair yang dibacakan secara lisan. Ia terdiri daripada
siri ayat-ayat - pertama dalam bahasa sehari-harian, dan yang kedua (yang
mempunyai makna yang sama) dalam upacara tersebut. Rinait tersebut menceritakan tentang penciptaan dunia; hal-ehwal
dewa-dewa, asal-usul nasi, preskripsi/pengubatan dalam kehidupan; amalan-amalan
kerohanian, dan aspek-aspek kebudayaan dalam
kehidupan. Bacaan rinait mungkin dilakukan secara berbisik, laungan kuat atau
lembut/sederhana, dan boleh bertahan untuk beberapa jam atau hari, mengikut
konteks dan majlis.
Sistem hierarki
Tantagas adalah seperti berikut - yang paling tua (pangkat nenek) mempunyai
pengetahuan rohani yang luarbiasa dan biasanya mempunyai 'nilai kuasa' yang
paling berkesan antara kesemuanya. Wanita muda mempelajari rinait dan amalan ritual
daripada Tantagas yang lebih berusia dan berpengalaman (orang baru/muda
dipanggil Tantagas Wagu), manakala yang paling kanan/tua dikenali sebagai
Tantagas Lawid.
Bagi seseorang Tantagas,
selain nama peribadi beliau, setiap daripada mereka mempunyai nama ritual yang
merupakan nama cucu pertama mereka dan didahulukan dengan gelaran 'Odun.'
Contohnya, cucu pertama bernama Lindaman, jadi apabila ditambah dengan gelaran
Odun, akan menjadi Odun Lindaman.
Tantagas adalah individu
pakar yang mahir dalam upacara kerohanian dan boleh melibatkan diri dengan
dunia roh dalam memerangi gangguan syaitan (rogon) dan menyelamatkan roh individu
sakit dalam upacara penyembuhan; memulihkan semangat padi yang hilang semasa upacara
kesuburan, dan melakukan aktiviti kerohanian yang lain. Peranan utama Tantagas,
bagaimanapun, adalah untuk mengimbangi dunia fizikal dan rohani.
Tantagas boleh ditemui di daerah Tuaran/Tamparuli, Sabah.
Mendiang nenek saya
bukanlah merupakan seorang Tantagas, tetapi beliau mempunyai 'libabou' dan
pernah melakukan upacara malibabou semasa hayatnya. Saya mempunyai pengalaman
melihatnya (serta adik-beradik nenek yang lain yang mempunyai kebolehan yang
sama) semasa mereka melakukan upacara molibabou ini. Saya tidak faham langsung
apa yang dituturkan. Menurut ibu saya, ia adalah merupakan bahasa Dusun Lotud
yang sangat klasik, dan hanya boleh difahami oleh sesetengah individu yang
masih kaya dengan nilai kebudayaan Dusun dalam diri mereka - ini termasuklah
ibu saya sendiri! Apa yang paling saya ingati, bacaan-bacaan tersebut
disampaikan dalam irama/melodi yang sungguh indah. Bagi yang pertama kali
mendengar, perasaan 'seram' itu akan tetap ada.
Info:
Video:
(2) Mamahui Pogun
(3) Ritual ceremony
(4) Malibabou
Gambar:
Suang Lotud Tantagas At Tamparuli For Year 2011(Mamahui Pogun)


Tantagas Lawid Odun Ribud

Tantagas Lawid Odun

Tantagas Lawid Odun Pamancha

Tantagas Lawid Odun Solinsim

Tantagas Lawid Odun Badin

Tantagas Lawid Odun Gading

Tantagas Lawid Odun

tantagas Lawid Odun Bulleha

Tantagas 2003 Group Photo

Tatangas 2003 Group Photo

Tatangas 2011 Group Photo

Tantagas of Suang Lotud.

Tantagas of Suang Lotud.


No comments:
Post a Comment