Asal-usul masyarakat Kadazan? Dusun? Murut?
Tidak semestinya tempat
asal itu mestilah ada penduduk majoriti, dan tempat yang mereka hijrah keluar
itu mestilah minoriti. Misalnya kita boleh ambil bangsa Jews, mereka berasal
dari Jerusalem Gaza (Israel pada hari ini), beribu-ribu tahun mereka sudah dihalau
keluar dari tempat asal mereka. Jadi, merekalah yang menjadi kaum minoriti di
tempat asal mereka, tempat lain yang mereka hijrah keluar lagi banyak (maksudnya, sebelum mereka kembali ke tempat
asal mereka pada hari ini).
Kita tidak tahu senario
sebenar antara Kadazan Dusun Murut (KDM) dengan etnik Bunun, tetapi untuk perbincangan
yang lebih fokus kepada KDM, dengan etnik Bunun, kita boleh mengabaikan kaitan
antara Australian, Malayan, Philipin, Hawaii dengan Bunun di Taiwan ini, sebab
tiada persamaam nyata yang kita nampak pada mereka iaitu dari segi kebudayaan,
pakaian (majoritinya hitam) dan perayaan pesta menuai. Untuk memfokuskan perbincangan
kita, marilah kita fokus kepada KDM dan etnik Bunun Taiwan sahaja.
Persoalannya sekarang
ialah, siapakah yang mengasas dan siapakah pula yang berhijrah? Bolehkah etnik Bunun berhijrah ke Kepulauan Borneo dan sekaligus 'mengadaptasi' menjadi KDM
pada hari ini? Begitu juga dengan KDM, mereka juga boleh berhijrah ke negara
Taiwan dan menjadi etnik Bunun pada hari ini. Ini simpulan yang mudah.
Kalau ditanya soalan
tersebut, saya lebih yakin terhadap 'kepercayaan' yang asas iaitu - yang
berhijrah ke Kepulauan Borneo (ialah Bunun) dan membentuk kaum KDM pada hari
ini.
Alasannya ialah, etnik
Bunun adalah terdiri daripada orang-orang China daripada Taiwan, dan
orang-orang China semenjak 1- 2 ribu tahun yang lalu sudah mempunyai kemahiran
untuk membina kapal. Mereka mampu berlayar dan merentasi lautan besar seperti
Laut China Selatan (misalnya Laksamana Cheng Ho). Manakala, kita tidak
mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan KDM ada kemahiran membina kapal besar
pada zaman dahulu. Kalau ada pun, tiada catatan bertulis yang menjadi bukti
bahawa KDM pernah berlayar ke tempat lain.
Tambahan pula,
Kepulauan Borneo terletak di kedudukan yang agak 'isolated' dan dikelilingi oleh lautan, cuma jalan laut sahaja
yang boleh menjadi laluan masuk dan
keluar ke kepulauan ini. Tidak seperti Semenanjung Tanah Melayu, orang-orang di
sana boleh berjalan kaki melalui Thailand, Vietnam , masuk China atau
sebaliknya. Di Kepulauan Borneo hanya ada satu jalan sahaja iaitu - jalan laut.
Oleh itu, sesiapa
sahaja yang ada kapal boleh datang ke kepulauan ini. Nampak di sini? Semua penerangan ini
boleh dikaitkan dengan 'teori pengembaraan,' jika mahu dikatakan begitu. Banyak
dicatatkan dalam buku Sejarah. Baca sendiri.
Cuba berikan persamaan
dalam bahasa KDM dan Bunun dari angka 1 sehingga 10? Selepas itu, bandingkan
dengan bahasa-bahasa dan kiraan-kiraan dalam Austronesian yang mempunyai bunyi
yang hampir sama bermula dari kiraan 1 sehingga 10. (Austronesian? Apakan itu
'Austronesian'? Cari maklumat tentang ini. Google
saja. Ada).
Kaum Yahudi, kalau
tidak silap, ada 10 juta orang (atau mungkin lebih). 4 juta (anggaran) berada
di negaranya Israel, dan yang selebihnya berselerak di seluruh dunia dan tidak
dapat disamakan dengan keadaan 350 juta Austronesian dalam kiraan 1 hingga 10
(ini perbandingan ya) dimana dalam hampir kesemua etnik itu adalah berasal dari
bunyi yang sama. Hakikatnya, majoriti kaum Yahudi adalah di negara Israel iaitu
anggaran 4 juta, manakala yang selebihnya di lain-lain di tempat yang dapat
dikatakan kehadiran Yahudi sebagai majoriti.
Oleh sebab itu, dapat
dikatakan di sini bahawa tidak ada bukti Bunun mempunyai asal-usul KDM. Kalau
tentang pakaian, masih terdapat begitu banyak suku dan etnik lain dalam Austronesian
yang mempunyai pakaian yang hampir sama dengan KDM, malah kiraan 1 sehingga 10
juga hampir sama.
Tapi, ini semua
hanyalah pendapat semata-mata. Banyak lagi teori-teori lain yang mampu
menyokong 'persamaan' di antara etnik KDM dan etnik Bunun Taiwan. Contohnya
pergerakan plat bumi yang 'membentuk' landskap baru muka bumi di mana
berpecahnya manusia-manusia (yang pada asalnya berada di satu-satu tempat) dan
kini berselerakan di merata dunia. Ya, nama pun manusia, kan? Suka hidup
merata-rata secara nomad (pada zaman dahulu).
Bacaan lanjut, klik DI SINI.
Lihat foto-foto di bawah.
The Orang Ulu of
Sarawak (Borneo Island) are well known for their intricate beadwork and
detailed tattoos. I find that the Orang Ulu comprising in majority the Kayan,
Kenyah, Kelabit and others of Sarawak have developed a high level of artistry
in their beadwork. Well, on the other hand, the Paiwan which is the aboriginal
tribe of Taiwan are also famous in beads and tattoo making. Males have their
tattooing mostly in the torsos, backs, upper-arms, and calves; whereas females
will have tattoos done around the wrists and lower arms. The Paiwan traditional
attire are considered to be the most beautiful among all of Taiwan's indigenous
tribes. Can you spot the similarities?
Picture above:
The Tantagas of Dusun
Lotud ethnic (Tuaran/Tamparuli) and indigenous communities in Taitung County,
Taiwan. Do they look almost the same? If yes, in which way do similarity
exists?
The wood carving statues in the Bunun Cultural Village, Taiwan depicting headgear similar to Sabah native priestesses, or Bobohizan (Kadazan of Penampang).
Picture above:
Taiwanese aborigines (left) and Kadazan of
Penampang. Unique headgear, right?
No comments:
Post a Comment